Friday 12 April 2013

kerinduan dahulu...

Sungguh nikmat hidup ini andai susah, senang, suka, duka, dapat kita lalui bersama.. Gelak tawa bersama-sama mnambahkan lgi krinduan terhadap pershabatan seperti dulu. Rindu.. Aku kehilangan gelak tawa mereka yang dulu. Setiap tawa yang banyak memberi makna. Mana perginya ukhuwah kita yang dulu? Tak kisah seandainya keadaan seperti dulu tidak ada, tetapi biarlah tali persahabatan itu tidak putus. Ukhuwah yang tiada penghujungnya, sentiasa mangalir bersama di bawah keredhaan Allah seperti untaian tasbih. Maafkan diri ini andai tak bisa memahami kalian. Maafkan aku juga kerana tak pernah membantu untuk menyambung semula tali ukhuwah ini, yang telah dibina hampir sekian lama. Aku cuba, aku cuba sedaya mampu aku untuk eratkan semula persahabtan ini. Tapi aku lemah, tak mampu tuk lakukannya. Untuk segarkan semula taman keindahan kita yang kian suram, tali ukhuwah yang kian longgar. Indahnya persahabatan andai bersulamkan kemaafan dan keikhlasan...

\

sahabat..
dengarlah hati ini berbicara..
ku harap kita akan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat..
maafkan aku..
andai tak dapat membantu..
kerna diri ini hanya insan yang sangat lemah, hina..
bantulah aku..
tuk satukan untaian tasbih yang kian longgar..
tuk bina semula taman indah kita..
demi persahabatan kita...

No comments:

Post a Comment