Thursday, 26 December 2013

"bertemu, berpisah hanya kerana Yang Maha ESA"

Dalam meniti titi mahabbah persahabatan ini,
tercoret segala kisah suka mahupun duka,
tangis mahupun tawa...


Persahabatan adalah satu janji di dalam hati,
tak boleh ditulis, tak boleh dibaca...
tapi, tak akan terpisah kerana jarak, tak akan berubah kerana masa...
takkan sirna kerana amarahnya...


Jika dilihat pulau itu indah, 
indah lagi sebuah pertemuan...
jika dirasakan mutiara itu lebih bernilai,
bernilai lagi sebuah persahabatan...


Seuntai "KASIH" membuat kita "SAYANG"
Seuntai "JANJI" membuat kita "PERCAYA"
Sekecil "LUKA" membuat "KECEWA"
Tetapi sebuah "PERSAHABATAN" & "PERSAUDARAAN"
selamanya akan "BERMAKNA"...


Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi,
sesungguhnya persahabatan itu jauh lebih unggul dari percintaan...
tanpa persahabatan cinta akan berakhir,
tetapi tanpa percintaan persahabatan tak akan pernah
"BERAKHIR"


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...


Sahabat adalah anugerah yang indah,
mungkin seseorang boleh hidup tanpa kekasih,
tetapi jarang untuk seseorang itu yang boleh hidup tanpa 
"SAHABATNYA"
yang selalu menemaninya setiap saat...


"tika ku buntu, diselubungi sendu...
kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman..."


"sudah terlalu banyak kenangan indah saat kita bersama,
ku takkan pernah lupakan semuannya..."


Maaf,
mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik...
maaf,
mungkin selama ini aku sering melalaikanmu...
maaf,
mungkin selama ini aku sering membuatmu berasa sedih dan tersisih...
maaf,
mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih...
maaf sungguh,
mungkin selama ini aku sering tidak memahami...
maaf, aku hanya hamba biasa,
kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padaMu dikesempatan yang ada...
moga Allah selalu menyanyangimu kerana siapa pun kamu,
kamu tetap "SAHABATKU"




"THE LAST MEMORY OF US '13"

andai...
Andai perjuangan itu mudah,
sudah pasti ramai yang mahu menyertainya...
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,
pasti ramai yang tertarik padanya...
tapi...
hakikatnya perjuangan bukan seindah begitu,
ada turun naiknya, sakit pedihnya...
umpama kemanisan yang tak terhingga...
ini perjuanganku sahabat,
aku mesti meneruskannya..
suratan takdir mengaturkan begini...
hanya Dialah sebaik-baik perancang...
mungkin kita akan berjumpa semula suatu saat nanti...


Sahabat...
aku akan selalu merinduimu...
suatu saat kita berpisah,
ku yakin jiwa kita untuk selamaya...
aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua
SAHABATKU...


"kenang daku dalam doamu"