Sunday 13 October 2013

duhai diri

 duhai diri ,
carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan ,
supaya timbul kesabaran dan kesyukuran...
setiap yang payah pasti ada kesenangan ,
dan setiap kesabaran pasti ada ganjaran...
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita ,
tiada siapa yang dapat menghalang...
namun jika ia bukan ditakadirkan buat kita ,
pasti ia takkan dapat dimiliki meskipun dalam genggaman...



duhai diri yang dahagakan kasih Ilahi ,
sekuat manapun godaan yang kita hadapi ,
sekukuh apapun dugaan yang harus kita jalani ,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai ,
sesusah manapun hari-hari kita lalui ,
jangan pernah berhenti berharap pada Ya Rabbi ...
jangan berhenti berdoa pada Ilahi...
kerana apa ?
kerana harapan adalah sumber kekuatan ,
kerana harapan adalah masa depan ,
kerana apa ?
kerana doa adalah pintu kebaikan ,
kerana doa sumber senjata orang beriman ,

duhai diri yang hina ,
tenangkanlah dirimu ,
belajarlah pasrah dan redha atas segala suratan takdirNya...
sedarlah kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya...
dariNya kita datang , kepadaNya jua kita kembali...
sabarlah dengan setiap ujian yang bertandang ,
kerana akhirat itu lebih utama...


"sesungguhnya Allah ada bersamaku "



1001 kenangan...



Pertemuan dan Perpisahan adalah hal biasa dalam kehidupan...
tanpa pertemuan maka tidak akan terwujud perpisahan...
perpisahan juga mungkin ada hikmahnya tersendiri...

Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan...
tetapi perpisahan tidaklah benar memutuskan persahabatan...
setiap pertemuan akan menoreh 1001 kenangan dalam hidup...
tetapi setiap perpisahan tak bermakna memadamkan setiap kenangan yg terbina...

Kadang-kadang pertemuan yang sebentar itu lebih memberi kesan yang lebih 
daripada pertemuan yang tiada berpehujung..,

Namun perpisahan dalam waktu yang singkat 
akan menoreh rasa sebenar kasih sayang dalam persahabatan...

"pertemuan itu indah andai bertemu dan berpisah hanya kerana Allah"