Sunday 13 October 2013

duhai diri

 duhai diri ,
carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan ,
supaya timbul kesabaran dan kesyukuran...
setiap yang payah pasti ada kesenangan ,
dan setiap kesabaran pasti ada ganjaran...
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita ,
tiada siapa yang dapat menghalang...
namun jika ia bukan ditakadirkan buat kita ,
pasti ia takkan dapat dimiliki meskipun dalam genggaman...



duhai diri yang dahagakan kasih Ilahi ,
sekuat manapun godaan yang kita hadapi ,
sekukuh apapun dugaan yang harus kita jalani ,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai ,
sesusah manapun hari-hari kita lalui ,
jangan pernah berhenti berharap pada Ya Rabbi ...
jangan berhenti berdoa pada Ilahi...
kerana apa ?
kerana harapan adalah sumber kekuatan ,
kerana harapan adalah masa depan ,
kerana apa ?
kerana doa adalah pintu kebaikan ,
kerana doa sumber senjata orang beriman ,

duhai diri yang hina ,
tenangkanlah dirimu ,
belajarlah pasrah dan redha atas segala suratan takdirNya...
sedarlah kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya...
dariNya kita datang , kepadaNya jua kita kembali...
sabarlah dengan setiap ujian yang bertandang ,
kerana akhirat itu lebih utama...


"sesungguhnya Allah ada bersamaku "



No comments:

Post a Comment