Saturday 24 November 2012

sumber kekuatan...

Penyesalan dan kekecewaan seseorang terhadap masa hidup yang telah disia-siakan selalu membawa diri kepada sebuah titik perhentian. Malangnya, titik tersebut kadang kala tidakpun membantu, kerana acap kali memori, suasana, keadaan atau teman-teman lama hadir tiba-tiba dan tanpa menghargai pendirian dan prinsip baru tuan punya diri, mereka sewenang-wenangnya menarik dengan paksa ke dalam lembah hitam lama yang baru sahaja cuba dipisahkan daripada dirinya...




Dalam memulakan hidup baru, kita memerlukan sebuah kekuatan. Kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang bakal lahir daripada perubahan yang kita tempuh. Kekuatan manusia terbatas sama ada kekuatan fizikal, emosi, hati dan sebagainya. Hakikatnya, manusia serba terbatas. Mohonlah kekuatan daripada Zat Yang Maha Kuat Maha Perkasa. Mohon dariNYA kekuatan untuk melangah, berfikir, kekuatan yang konsisten, kekuatan untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Antara manusia dan Allah tiada perantara. Mohonlah, sebutlah, rayulah, dia Zat yang sebenarnya akan menggerakkan hati kita. Dia Zat yang hakikatnya bakal mengubah diri kita. Dengan kuasanNYA kita akan kuat menghadapi segalanya...


2 comments:

  1. bagi saya melawan nafsu diri sendiri tu memerlukan kekuatan yg terbesar. nk berubah jd lbh baik tp susahnya berperang dgn nafsu diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x nafikan kdngkala melawan nafsu sndiri mmrlukan kkuatan yg trbesar..kita bleh mnundukkan nafsu kta dgn plbgai cra iaitu bertaubat,tazkiyah (membersihkan hati), muhasabah diri, atau muraqobah (mengabdi diri kepada Allah )...cubalah sdikit dmi sdikit utuk ke arah yang lebih baik,untuk berperang dgn nafsu kta sndiri..Inshaalah..kita akan berubah mnjadi lbih baik sedikit demi sdikit ...Inshaalah..lma klamaan akan terbiasa untuk sentiasa mnjadi yg terbaik di jalanNYA...

      Delete