Tuesday, 20 November 2012

Andai dia pergi dulu sebelummu...

    Andai dia pergi dulu sebelummu, walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan.
Dulu kita bertemu untuk berpisah, kini berpiisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui
Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah...
Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Illahi-tradisi
hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami !




   Andai dia pergi dulu sebelummu, sibuklah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih.
Gembiralah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwudu' dan bacalah Al Quran.
Dirikanlah solat, sesungguh nya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah apabila terasa
gundah... diadukan kesedihan kepada Allah


    Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku,
dan aku pun bukan milikknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala
galanya. Pada kita hanya Amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan
ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakan aku sepi...tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati...









No comments:

Post a Comment