Friday 1 June 2012

duhai air mata


Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia.

Mungkin juga kau sedang berdukacita.


Apapun situasimu, air mata yang menggenangi kelopak matamu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.


Kenapa menganggap semua tangisan itu satu kelemahan? 
Kenapa menganggapnya satu lambang ketidak matangan? 

Duhai mata yang sedang menangis...




Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.
Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. 
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"(Riwayat Ahmad dan Nasai).

No comments:

Post a Comment